Juz:4,Surah:3.
Surah 3, Ayat 112:
.
Ringkasan tafsir;
Lanjutan
dari ayat diatas (4.3.111), Mereka itu akan ditimpa kehinaan dimana mereka berada
dan tiadalah orang Yahudi itu mempunyai kerajaan yang kuat dan ketua yang
muktabar bahkan sentiasa mendapat tekanan dimana-mana sahaja mereka berada, dan
mereka akan tinggal hidup didalam kemurkaan Allah dan Allah akan memperlihatkan
diri mereka dalam keadaan papa miskin walaupun dia itu sebenarnya kaya dan
mewah. Kecuali apabila mereka itu berpegang dengan tali Allah dan mengadakan
perdamaian keamanan dan menghindarkan dari ketakutan.
Musibah
yang menimpa kepada mereka itu ialah disebabkan oleh kederhakaan kekejaman
pencerobohan mereka terhadap batas-batas agama, mereka kufur dengan ayat-ayat
Allah dan membunuh nabi-nabi dengan tidak berhak, yang demikian itu disebebkan
mereka derhaka dan berkeadaan malampaui batasan.
.
[previous] [next] [home]
.
[previous] [next] [home]
.
RUJUKAN SUMBER,
RUJUKAN SUMBER,
Khatam Juzuk4, Surah3
Terjemahan, 111~120,[GS] https://sites.google.com/site/tammpajsite/8/1
Ulasan surah 3;
[GS] https://t.co/Kf2lMbI0X8