Friday 1 March 2019

Al-Imran Ayat 112

4.3.112
Juz:
4,Surah:3.
Surah 3, Ayat 112:


.
Ringkasan tafsir;

Lanjutan dari ayat diatas (4.3.111), Mereka itu akan ditimpa kehinaan dimana mereka berada dan tiadalah orang Yahudi itu mempunyai kerajaan yang kuat dan ketua yang muktabar bahkan sentiasa mendapat tekanan dimana-mana sahaja mereka berada, dan mereka akan tinggal hidup didalam kemurkaan Allah dan Allah akan memperlihatkan diri mereka dalam keadaan papa miskin walaupun dia itu sebenarnya kaya dan mewah. Kecuali apabila mereka itu berpegang dengan tali Allah dan mengadakan perdamaian keamanan dan menghindarkan dari ketakutan.

Musibah yang menimpa kepada mereka itu ialah disebabkan oleh kederhakaan kekejaman pencerobohan mereka terhadap batas-batas agama, mereka kufur dengan ayat-ayat Allah dan membunuh nabi-nabi dengan tidak berhak, yang demikian itu disebebkan mereka derhaka dan berkeadaan malampaui batasan.


.

[previous] [next] [home] 

.
RUJUKAN SUMBER,
Khatam Juzuk4, Surah3
Terjemahan, 111~120,
[GS] https://sites.google.com/site/tammpajsite/8/1
Ulasan surah 3;  
[GS]
https://t.co/Kf2lMbI0X8     

Wednesday 27 July 2016

Surah AlBaqarah (197)


Juz:2,Surah:2.
Surah 2, Ayat 197:
Ringkasan tafsir;
Haji itu dilaksanakan pada beberapa bulan pada Syawal, Zulkaedah dan sepuluh malam pertama Zulhijah, dan hendaklah bersedia dengan perbekalan yang cukup (pergi dan pulang) untuk keluarga dikampung halaman dan dalam perjalanan dan semasa berada di Mekah untuk menunaikan haji. Sesiapa mengerjakan haji wajib atau sunat maka hendaklah berniat dan berpakaian ihram pada masa yang telah ditetapkan itu. Pada waktu haji, dilarang melakukan perkara berikut;
1. bersetubuh
2. maksiat.
3. bertengkar dan berbahas. 

Oleh itu jika orang yang berbuat demikian itu dikenakan denda kafarah iaitu menyembelih seekor unta dan mengqada hajinya pada tahun berikutnya.

.
.

[Previous] [Next

Sumber
Terjemahan Surah 2, Ayat  191~200,
[GS] https://t.co/P5rlJJKJZG
Ulasan Surah 2;  
[GS]
https://t.co/0EUkXravGr  
Pautan,
[G+] https://plus.google.com/115917012266520166494/posts/5mQSCkp4G5Y





.